5 Kelebihan Berjalan Kaki (Power Walk) Yang Ramai Anggap Ia Senaman Remeh

by - Thursday, October 03, 2019



5 Kelebihan Berjalan Kaki (Power Walk) Yang Ramai Anggap Ia Senaman Remeh | Berjalan kaki salah satu senaman paling senang dan mudah tapi beri kesan sangat dahsyat.Jangan pandang remeh pada senaman ini tetapi jangan tak tahu kerana ia satu senaman yang memberikan manfaat bukan sahaja pada badan tetapi untuk otak juga.

Kalau tak mampu buat outdoor buat je atas treadmill dalam rumah.Tak pun jalan je dalam rumah paling baik 10,000 langkah.Mak ai banyaknye.Nak sihat dan cantik perlu buat sesuatu betul tak.

Tapi power walk ni bukan jalan lenggang kangkung tepi sawah, atau macam kak limah balik pasar punya jalan tau.Power walk perlu dilakukan dengan erjalan laju dan seeloknya 10,000 langkah atau lebih 5km.Kalau tak mampu buat sikit sikit dulu at least 30 minit baru berkesan.

Kalau korang follow Dr Rizal Abu Bakar kat facebook dia banyak share pasal makan dan kesihatan. Dan sis dapat info ni daripada beliau.Masa kami buat ejen training koko ococ setiap pagi kami akan ber power walk dengan beliau.Dan beliau setiap pagi lakukan senaman ringkas ni tanpa miss kalau takde kerja. Hebatkan.Konsisten tu memang payah.

Apa kelebihan power walk? Jom kita semak sama sama.

1. Mengurangkan Tekanan.
Power walk mampu menolong mengurangkan tekanan sehari hari  kita. Satu sesi dalam 30 minit membawa kita fokus dan lari jauh dari kesesakan.Sambil power walk sambil berzikir kan tenang dan dapat pahala.Masa kita power walk otak akan merembeskan hormon Endorphin. Hormon ini akan keluar bila kita exercise. Hormon ini akan menenangkan fikiran kita yang super busy. Dan badan akan rasa lebih segar. 



2. Memudakan Otak.



Masa berjalan laju ni sel sel otak baru akan mula tumbuh.( Sumber Dr Rizal pakar bahagian otak). Walaupun orang dewasa pertumbuhan sel makin kurang kita boleh tingkatkan dengan buat aktiviti mudah seperti ini bagi menggalakkan pertumbuhan sel terutama dibahagian otak.Sel otak baru mampu elak kan kita dari penyakit nyanyuk dan sering lupa.



3. Tingkatkan kadar metabolisma dan membakar kalori.

Semua tahu kebaikan bersukan.Tapi kalau nak exercise yang berat susah pula.Kalau dengan berjalan kaki laju ni ia lebih mudah dan terbukti membakar lebih banyak kalori.Badan makin sihat dan selim melim gitu.


4. Tidur lebih berkualiti (deep sleep).

Lapan jam diperlukan untuk seorang dewasa cukup tidur. Tidur yang cukup menaikkan kadar kesihatan. Ramai yang tak cukup tidur alami masalah seperti mood terganggu, emosi tak stabil jadi apa lagi setiap pagi sebelum pergi kerja buat dulu rutin power walk ni.

5. Jus kreatif akan keluar. 

Otak tersekat sama ada nak cari jalan penyelasaian, nak cari idea, masalah buntu di tempat kerja, cari inspirasi tulis novel ke blog ke, maka dengan berjalan laju anda akan mengeluarkan jus kreatif tu dari otak. One Stanford University ada buat kajian tentang ini dan mendapati hasil dari herjalan laju menaikkan 60% kreatif output. Tak kisah sama ada dilakukan di dalam atau diluar rumah keputusan nya sama.

Terima kasih kerana membaca blog ini. Jangan lupa follow blog ini dan jemput datang lain kali tau..Jangan lupa klik share untuk manfaat bersama.

You May Also Like

1 comments

Klook.com