Baca 3 Surah Ini Menyamai Khatam Al-Quran Sehari Satu Kali.

by - Wednesday, October 23, 2019


Baca 3 Surah Ini Menyamai Khatam Al-Quran Sehari Satu Kali.

Selamat sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat baginda.

Dalam kesibukan tugas harian at least kita mulakan pagi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w junjungan besar nabi kita.

Hari ini buka group wasap dapat video zon kuliah.Rasa macam perlu untuk di sebarkan lagi manfaatnya.Hari ini manusia terkejar kejar masa, sampai tak sempat memegang Al-quran.

Jangan kata yang bekerja je sibuk, sis yang duduk rumah ni pun terkejar kejar nak ambil anak sekolah, hantar anak sekolah, memasak, basuh (guna mesinlah) pastu nak menyidai tu cukup main payah.

Macam dah tak cukup masa sedar sedar dah petang, sedar sedar dah masuk hujung tahun.Memang betul kata pepatah "masa mencemburui kita" ceh!

Tapi teringin nak spend masa khatamkan bacaan Al-quran setahun sekali pun takpe.Bila dengar video ni lega sikit hati.Dapat juga merasa pahala khatam al-quran satu hari sekali.

Melalui perkongsian video di bawah kita boleh amalkan membaca 3 surah yang pendek ni dimana ia menyamai kita khatam al quran sehari 1 kali.

Baca 3 Surah Ini Menyamai Khatam Al-Quran Sehari Satu Kali.

1. Surah Az-Zalzalah dibaca 2 kali sehari.

1. Surah Al-Ikhlas dibaca 3 kali sehari.

Maknanya :-
1. Katakanlah (ya Muhammad) : Dialah Allah yang Maha Esa.
2. Allah yang dituju (untuk meminta hajat)
3. Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan
4. Dan tiada sesuatupun yang menyerupaiNya.

3. Surah Al-Kafirun dibaca 4 kali sehari.


So, boleh baca ke tiga tiga surah ni atau pun pilih mana satu kalau dah tak sempat sangat.Tapi seboleh bolehnya kita spend masa sikit, untuk bekalan pahala akhirat.Baca je tiga tiga surah ni.

Dalam kereta drive tu boleh baca.On the way ambil anak, tengah masak ke kan..Yang penting azam dan istiqomah.

Boleh je baca bila bila tak kisah pun nak baca pagi ke malam ke janji baca.Dan paling penting dan sesuatu yang Allah suka amalan itu sedikit tetapi ia istiqomah.


Jom tonton video penuh ini.

Beruntunglah kamu yang dapat lihat aku, dapat bersama aku dan kamu percaya, beriman dan rindu padaku, tapi lebih beruntung disebut sebanyak 7 kali mereka yang tidak langsung dapat melihatku, bersamaku tetapi percaya, beriman dan selalu rindu padaku.

Allahu akbar. Semoga perkongsian ini menjadi ladang pahala.Jom kita sama sama amalkan.




You May Also Like

0 comments

Klook.com