Pengalaman Bercuti Di Pulau Tioman : Keindahan Kampung Juara, Pulau Tioman Seakan Berada Di Maldives.

by - Thursday, November 14, 2019




Juara Beach Resort, chalet yang tak menghadap laut

Pengalaman Bercuti Ke Pulau Tioman: Keindahan Kampung Juara, Pulau Tioman Seakan Berada Di Maldives.  | Sebut je Pulau Tioman pasti ramai dah terbayang kejernihan air lautnya dan keputihan pasir pantainya. 

Tersenarai antara 10 buah pulau tercantik di dunia, Pulau Tioman pastinya ia mempunyai keunikan dasar laut yang begitu memukau dan juga keindahan pantainya begitu mendamaikan serta menyentuh jiwa.

Sebenarnya dah beberapa kali juga kami sekeluarga ke Pulau Tioman, mengikut en Husband diving.Tetapi kami menginap di Kampung yang berbeza dan chalet lain.Kali ini kami tukar selera nak tengok keindahan pantai di Kampung Juara, Pulau Tioman. Kampung Juara ni antara kawasan yang paling cantik di Pulau Tioman.

Kalau tak pernah sampai Pulau Tioman mesti ingat ada satu tempat je dalam pulau Tioman ni.Tapi sebenarnya ada banyak kampung dan juga banyak resort serta tempat feri berhenti pun di lain lain jeti.  


Sumber imej : http://akukahtuah.blogspot.com

Setiap jeti akan tulis nama kampung di bahgian depan macam dalam gambar.Jadi kena perhati betul betul.Tapi jangan risau, krew krew dalam feri akan buat announcement masa feri tu berhenti.

Feri akan berhenti di beberapa buah jeti berbeza dan korang kena tahu tempat penginapan korang di kampung mana dan perlu berhenti di jeti mana.Masa beli tiket boleh tanya.Kalau tak tanya nanti salah pula turun jeti.Dah jadi masalah pula nak ke tempat menginap. 

Jeti pertama yang korang akan berhenti kalau bercuti ke Pulau Tioman adalah jeti Kampung Genting, selepas itu feri akan berhenti lagi di jeti Kampung Paya seterusnya ke jeti Kampung Tekek.Jeti Kampung Tekek paling ramai orang kerana di sini terletaknya Taman Laut dan resort yang banyak antaranya yang famous Berjaya Tioman Resort.

Di Pulau Tioman ni rupanya ada banyak kampung yang ada penduduk tetap.Siap ada kemudahan sekolah, balai raya , masjid dan banyak lagi.Kampung yang paling ramai penduduk di Kampung Tekek.Port menarik nak snorkeling kat Taman Laut ni biasanya.Semua ikan ada san berwarna warni.

Perhentian seterusnya adalah jeti Kampung Air Batang(ABC), dan last sekali di jeti Kampung Salang. Tak pasti feri utama ni ada berhentu tak di jeti lain.Setiap kampung ada jeti dan kalau bukan bot besar ada bot nelayan atau bot laju yang berhenti kat jeti jeti tu.

Kalau nak ke Kampung Juara, Pulau Tioman ni kena berhenti dulu di jeti Kampung Tekek.Lepas tu ambil 4wD boleh sewa dengan driver untuk hantar ke Kampung Juara. Merentas hutan Pulau Tioman naik bukit turun bukit.

Kampung Juara ni letaknya di sebalik Pulau Tioman, maksudnya bukan berhadapan dengan Semenanjung Malaysia tetapi menghadap laut lepas Laut Cina Selatan namanya Kampung Juara.Pantainya landai dan tidak berombak kuat.

Nak sampai memang redah hutan tapi jangan risau dah siap ade jalan berturap. Tak macam dulu jalan tanah merah. Walau sedikit mencabar tetapi tetap "fun". 

Dapat dengar bunyi unggas rimba dan burung hutan.Kalau pelancong asing jalan kaki je redah hutan. Lagi mencabar dan pada diorg lebih menyeronokkan. 

Habis redah hutan sampai je resort pandangan korang pasti terpukau.Bagaikan terpana mata kami melihat kebiruan air laut. Rupanya kat Malaysia pun ada pantai yang indah macam kat Maldives.

Indah sungguh.Dah lah kami satu family stay kat chalet yang betul betul hadap laut. Tak sampai 30meter, turun kaki sikit je dah rasa pasir laut.

Si anak tak sabar nak main pasir duduk depan chalet je main.

Huh,  rasa seperti berada di syurga dunia kejap.  Bukak pintu dah terasa angin laut menyapa mesra pipi. 

Mata terus memandang kelaut melihat keputihan pasir serta kebiruan air lautnya.

Telinga pula terdengar dengar bunyi ombak menghempas pantai. Kadang bergelora kuat kadang tenang sahaja. ("ceh dah macam novel). 

Rasa menyesal pula datang kesini. Bukan apa hingga ke hari ini masih terbayang dan terasa keindahan pantai yang membiru.

Macam terhidu hidu lagi lagi bau laut bagaikan terasa ditampar tampar pula

bayu lautnya.

"Serius..kalau tau tak datang wei!". Buat termimpi mimpi je.


"Dah lah air laut die biru,  permandangan pon mendamaikan".


Banyak banyak pulau sis pergi ni antara pulau yang terbaik. Bukan terbaik tapi antara yang tercantiklah. 





Kami stay di Juara Beach Resort, Kampung Juara.Saja nak tengok suasana  lagi lain.Ada beberapa buah resort lain yang memang semuanya dekat je dengan pantai antaranya 1511 Coconut Grove,Juara Mutiara Resort,Mentawak Chalet,Bushman Tioman.Semua ni terletak kat kampung Juara Tioman.


Kalau korang yang nak spend time for "honeymoon" sesuai sangatlah. Together gether sepanjang hari. 

Ada cafe dalam resort ni, kalau taknak makan situ boleh je jalan sikit pergi kedai makan lain. Bab harga kalau pulau korang kena tahu memang up sikit.Tapi still ok.

Banyak aktiviti laut leh buat kat sini macam "diving", "snorkeling", pastu leh try "ktv" kalau suka aktiviti lasak. 

Masa kitorang stay sini ada pasangan baru kahwin tengah berbulan madu, di awan biru. 


Camne hakak tau? Sekodeng lar. Haha.taklah,  nampak diorg bergambar sakan berdua ditemani beberapa fotographer. Sweet sweet gitu. 


Hakak agak je.Jangan marah ye. 


Next time leh stay sini lagi. Berdamai dengan alam melihat kekuasaan Ilahi. 

Sekali sekala melepaskan lelah didada. Pasti banyak idea menyinggah. Dan pasti pulang dengan hati riang gembira dan kenangan mengusik jiwa. 



Permandangan lepas subuh

Juara Beach Resort

Biru air laut menenangkan putih pasir pantainya mendamaikan jiwa.

Tempat santai di pantai Kampung Juara.

Chalet hadap pantai.
Cafe Juara Beach Resort betul betul atas pasir pantai.

Panas panas hirup jus buah segar memang mengasyikkan.



Rasa nak bercuti ke pulau Tioman klik sini https://www.booking.com/s/32_8/cb8cd991

Semak harga semasa dan buat tempahan.Yang best tak perlu bayar dulu.Just booked je.Nak cancel pun boleh je pilih option free cancelation.

Terima kasih kerana membaca blog ini. Jangan lupa follow blog ini dan jangan lupa klik share untuk manfaat bersama.

You May Also Like

0 comments

Klook.com