Cara Mudah Nak Scan Dokumen, Gambar, Buku Dan Lain-lain

by - Thursday, October 03, 2019




Cara Mudah Nak Scan Dokumen, Gambar, Buku Dan Lain-lain | Wow! Baru sis tahu yang zaman now dah boleh scan pakai handphone je. Hebat sungguh!Ke sis yang ketinggalan.kah.

Apepun benda alah ni memang memudahkan, tak perlu nak pakai scanner yang besar, tak perlu keluar ke kedai kalau nak pakai cepat dokumen tu malam malam hari. 

Ni semua gara-gara nak settlekan hal insurans di malam hari so, sebab dah malas nak pergi buka printer scanner bagai maka nasiblah kawan sis suggestkan pakai scanner phone je. So, barulah ku tahu kewujudan ini barang.

Proses download pun bermula.Cari je kat Playstore camscanner kalau korang pakai android. Kalau
pakai i-phone cari kat i-tunes sama juga nama nya.

Langkah 1:- Download Applikasi
Langkah 2:- Cara penggunaan (cth nak scan IC)



Tekan pada Make It Now tu nanti akan kuar screen scan bahagian depan dan bahagian belakang macam kat bawah ni:-

 

Langkah 3- Scan dulu bahagian depan.Nak Mula kena lah klik pada butang gambar kamera hijau tu.Lepas settle dia akan suruh bahagian belakang pula.Sama je klik pada butang kamera hijau.

Lepas dah scan boleh send thru email terus, atau send pada wasap.Kalau nak scan docs boleh pilih dibahagian bawah screen.

Ada scan buku, gambar, dokumens biasa dan banyak lagi lah.Menarik kan? Lepas ni kena download tau.Senang bos nak suruh buat apa apa yang berkaitan.

Terima kasih kerana membaca.Jemput follow blog ini dan share andai bermanfaat.

You May Also Like

0 comments

Klook.com