Ingin Jadikan Tahun 2020 Tahun Terbaik dan Terindah Anda Perlu Lakukan 8 Perkara Ini

by - Friday, October 18, 2019



Pernah tak anda tanam azam, tapi tiap tahun azam tak pernah menjadi?

Azam nak kurus terus ke laut, azam nak solat awal waktu pun hilang ke awan biru, eh macam macam azam buat.

Biasanya azam yang kita buat bila dah masuk tahun baru kan.Contohnya 1 Januari setiap tahun. Masa tulah mula tanam cita cita dan impian.

Tapi tahu tak sebenarnya untuk merealisasikan azam atau impian pada tahun hadapan ia perlu dimulakan pada akhir tahun ini lagi.Contoh nak tahun 2020 nanti solat awal waktu maka dari hujung tahun 2019 lagi dah kena prepare dan buat azam tu.

Paling baik 90 hari sebelum.Kalau tak boleh at least 40 hari sebelum masuk tahun baru tu.

Sebelum ni kalau korang rasa tiap tahun sama, tiap hari sama tiada peningkatan dan perubahan maka sebelum masuk tahun 2020  tak lama lagi cuba decide 8 perkara ini secara details dan tuliskan dalam kertas untuk jadikan tahun 2020 nanti tahun terbaik dan terindah korang.

Andai duit dan masa bukan halangan nya korang akan buat apa?Listkan perkara ini dulu.Lepas tu decide 8 perkara di bawah:-


#1 Spiritual

Kalau spiritual ni mantap pasti yang lain lain akan turut baik.Jadi tulis dalam satu buku tentang spiritual ni dengan jelas gambaran yang anda nak.

Bagaimana hubungan anda dengan Allah.Tulis dengan details contoh nak solat wajib tanpa culas, nak solat awal waktu, nak solat jemaah.

Solat sunat yang nak buat.Macam tahajud, dhuha dan lain lain.

Selain solat, puasa macam mana.Contoh nak puasa sunat Isnin Khamis.Zikir pula macam mana.Senaraikan satu satu zikir apa anda nak baca tiap hari.

Bacaan alquran pula nak macam mana.Nak khatam sebulan sekali ke setahun 3 kali ke.Decide sejelas jelasnya dan penuh azam.

Sedekah korang nak buat macam mana.

Lepas tu bagaimana hubungan dengan diri sendiri.Maksudnya kena sayang diri sendiri dulu dan barulah boleh keluar rasa kasih pada insan lain.

Upgrade kualiti solat,kualiti puasa,kualiti masa, kualiti hubungan dengan pasangan.

#2 Relationship

Tentukan hubungan anda dengan pasangan, anak, ibu ayah, adik beradik dan rakan sekerja serta orang sekeliling macam mana.

Contoh dengan suami tiap minggu keluar makan sama sama.Muka senyum je.Tiap hari bermaaf maafan.Selalu spend kualiti time bersama.

Dengan anak anak pula cakap baik je, takde marah marah, anak anak dah mula berubah sebab mak nya dah mula berubah.

Hubungan dengan mak ayah pula, selalu balik tiap bulan sekali atau lebih lagi baik.Kalau tak balik boleh call.

Baiki hubungan sesama insan.Rapatkan pertalian silaturrahim.Semua tu tulis dengan jelas.

#3 Healthy

Kesihatan nak macam mana?Setiap hari nak bersenam macam mana.

Nak makan yang sihat sihat contohnya apa.Diet seharian tu listkan lengkap.

Tuliskan dengan jelas berat badan yang korang nak, tinggi, bayangkan posture badan idaman korang.

Contoh kena decide joging seminggu bape kali, nak exercise jalan kaki berapa langkah sehari.

#4 Financial

Tuliskan jumlah simpanan dalam bank.Ini impian.Tak kira sekarang anda buat apa gaji berapa tapi masa tulis ni mesti rasa anda dah dapat semua tu.

Catatkan simpanan kat bank mana dan jumlah berapa dengan jelas.

Catatkan juga investment apa, kat mana jumlah sekali.Tuliskan balance dalam akaun bank juga berapa.

Tuliskan income anda nak.

#5 Kerjaya

How your bisnes? Makin maju makin ramai customer tulis sejelasnya.

Berapa ramai ejen atau team bawah korang.

Kalau makan gaji bos macam mana?naik pangkat apa? Gaji berapa.

#6 Personal development

Bagaimana nak improve yourself.Tiap minggu pergi kelas motivasi atau agama.

Pergi ke kelas improve bisnes dan team.Pergi training berkaitan kerja atau self improvent.

Baca buku apa.Berapa banyak buku nak baca.Boleh juga tukarkan kereta jadi classroom maksudnya dengar audio book kalau tak sempat nak baca buku.

#7 Fun and recreation

How you enjoy your life?

Seminggu sekali masuk hutan ke diving ke hiking ke.Kalau suka travel nak travel kemana dan berapa kali sebulan ke setahun dan kemana.

Benda yang korang suka buat dan enjoy.Pergi shopping ke.listkan.

#8 Fizikal environment 

Macam mana pakaian korang.Rumah apa yang korang duduk.

Pakai kereta apa.Tulis apa yang kita nak.Maksudnya impian tu tanpa fikir logik just tulis dengan jiwa dan hati.

Dan lepas dah decide semua di atas bangun pagi dalam keadaan sepertimana korang dah dapat semua tu.

Kalau orang yang spiritual bagus cakap macam mana.Takkan nak cakap kasar.Mesti seorang yang nampak tenang dan cool.

Nampak dah gaya bercakap macam mana, cara bercakap macam mana, senyum bersyukur.

Buang habit bangun lambat, malas gantikan new habit.Bangun awal tahajud, mengaji and so on yang baik baik.

Cari orang yang kirang nak jadikan contoh berbaik dengan mereka dan follow apa yang diorg buat untuk achieve semua kejayaan tu.

Bergaul dengan komuniti yang positif tinggalkan kelompok lama yang tak bagi manafaat.

Start create new habit ni dalam masa 21 hari dan teruskan sehingga serasi dalam tubuh badan.biasanya dalam 41 hari dah jadi sebati dalam badan dan kalau buat 90 hari akan beri impak pada orang sekeliling juga.

Impian bukan sesuatu yang mustahil andai betul cara kita menggapainya.

Yang penting lakukan ini sebelum tahun 2020 dan rasakan diri anda yang baru nanti.






You May Also Like

0 comments

Klook.com