Terapi Nak Bagi Happy Dan Senyum Selalu

by - Wednesday, October 16, 2019

Terapi Nak Bagi Happy Dan Senyum Selalu | Saja daku simpan disini untuk terapi sekali sekala.

Orang kata kalau asyik marah muka lekas tua.Cepat dapat penyakit dan darah pun naik tinggi kan.Jadi kena cari terapi nak bagi happy dan dan senyum selalu.

Salah satu cara terbaik daku baca typo keypad ni bagus juga.Gelak pecah perut sampai anak pun tanya "ibu dah kenapa?"

Dr Noordin Darus seorang bekas pesakit kanser ada kongsikan juga, punca penyakit kanser ada 2 satu daripada makanan, peralatan harian yang kita guna dari sabun mandi, shampoo, microwave, television, handphone dan banyak lagi.

Lagi satu punca yang ramai tak perasan dan sebenarnya boleh di rawat adalah daripada jiwa. Stres salah satu penyebab utama kanser dan juga mereka yang selalu tak happy atau suka marah marah.

Bila dah jadi emak ni selalu sangat jadi harimau jadian, taknaklah dapat side effect yang teruk akan datang kenalah selalu senyum dan ketawa.

Nak bagi happy ataupun nak terapi bagi happy ada 3 benda kita boleh buat:-

1. Doakan kebahagian orang lain.Contoh kalau keluar pergi kerja ada pula kereta lain yang potong tak bagi signal just say semoga Allah bagi rahmat pada kamu dan lain kali boleh memandu dengan elok.

Atau kalau anak anak pagi pagi dah buat hal doa yang baik baik je.Tengok orang post pasal kejayaan anak kat wall facebook tumpang gembira jangan sakit hati pula.Itu dah macam ada yang kena dibaiki.

2. Selalu komunikasi dan baik sangka dengan pasangan.Zikirkan ya hafiz ya muhaimin masa nak pergi kerja.Biar Allah jagakan mereka untuk kita.

3. Tenangkan diri lupakan perkara yang lalu atau jangan terlalu risau perkara yang belum berlaku.Semua itu adalah ketentuan Allah.Kita merancang boleh tapi tak perlu terlalu risau.

Itu antara 3 terapi nak bagi happy selalu.Tengok lawak lawak ni boleh juga tapi jangan pula ketawa sampai terlebih harkatnya.







Saja saja share.Kredit pada fb sis Farha Eahwan

You May Also Like

0 comments

Klook.com