Pengalaman Ke Sanrio Hello Kitty Town Yang Pertama Dan Terakhir

by - Tuesday, October 15, 2019



Pengalaman ke Sanrio Hello Kitty Town Yang Pertama Dan Terakhir | Kunjungan kami sekeluarga ke Taman Tema kanak kanak Sanrio Hello Kitty Town yang berkonsepkan kartun popular Hello Kitty pada September lepas rupanya yang pertama dan terakhir.

Bukan apa selepas beberapa hari kami menjejakkan kaki ke sana keluar kenyataan dalam akhbar mengatakan Sanrio Hello Kitty Town bakal ditutup. Penutupan taman tema tersebut secara rasminya pada 1 Januari 2020.

Kenapa ditutup? 

Menurut sumber penutupan tersebut berikutan kerugian besar dan penjualan tiket yang tidak mendapat sambutan.Sanrio Hello Kitty Town ini telah dibuka sejak tahun 2012 merupakan salah satu nya taman tema yang berkonsepkan kartun kanak kanak popular di Malaysia.

Sebelum masuk ke taman tema ada kedai cenderamata berkonsepkan hello kitty.Kalau taknak masuk taman tama just nak beli cenderahati pun boleh.

Ia terletak di Puteri Harbour, Nusajaya dekat situ ada banyak deretan kedai makan, ada kedai barangan kanak kanak, dan juga pejabat.

Di bahagian bawah ada pelabuhan untuk kapal kapal mewah.Kalau nak bergambar cantiklah.Bukan kapal besar tu kapal yang kecil kecil je.Macam kat bawah ni.


Selain Hello Kitty  dalam bangunan yang sama juga ada taman tema Thomas Town. Tapi masa pergi ni kitorang tak masuk Thomas Town.


Macam biasalah bergambar kenangan dekat muka depan Hello Kitty. Bersemangat abg ishraf siap menjerit. 

Aktiviti 1 di Sanrio Hello Kitty ,Puteri Harbour Johor Bahru : Cawan Berpusing


Masuk masuk je dah jumpa cawan pening ni. Yang tak tahan memang dinasihatkan tak payah naik.Memang nak muntah je.Lagi lagi si kakak suruh pusing laju laju.


Aktiviti 2 di Sanrio Hello Kitty ,Puteri Harbour Johor Bahru : Membuat Biskut Hello Kitty

Lepas dah main cawan pusing pergi ke bilik buat biskut muka hello kitty.Biskut dah ready dah pun just hias je pastu terus boleh makan.Macam macam hiasan diorg letak.Dah tak rupa hello kitty.

Dia bagi coklat rice, coklat chip, gula halus warna pink, leomanade macam manisan madu lepas tu ikutlah nak hias macam mana.Adalah contoh dia bagi.

Aktiviti 3 di Sanrio Hello Kitty ,Puteri Harbour Johor Bahru : Menggayakan Costume


Lepas tu boleh pakai kostum hello kitty dan melody ngan lagi satu apa tah warna hitam untuk ambil gambar.Kalau nak belakang tu ada hiasan boleh beli kat kaunter gambar.

Aktiviti 4 di Sanrio Hello Kitty ,Puteri Harbour Johor Bahru : Membuat Klip Rambut

Bilik seterusnya bilik buat klip rambut hello kitty.Anak anak seronoklah aktiviti yang santai dan diorg memang suka kartun hello kitty.

Aktiviti 5 di Sanrio Hello Kitty ,Puteri Harbour Johor Bahru : Rumah Hello Kitty


Masuk pula ke rumah hello kitty.Semua perabot meja, kerusi ada hello kitty.


Bilik tidur hello kitty.


Di dapur hello kitty.Dari pinggan, sudu , garfu, pisau semua hello kitty punya tema.


Piano yang tak de bunyi.Tetap diorg tertarik.


 Cubaan nak masuk bathtub hello kitty.

Selain tu,ada bilik aktiviti mencari harta karun dan juga persembahan hello kitty ikut masa masa dia. 

Kitorang tak spend banyak masa dalam ni sebab tempat nya tak luas.Oklah tak panas sebab semuanya indoor aktiviti.

Dapatlah juga anak anak peluang merasai suasana hello kitty town.Pertama dan terakhir sebab lepas ni dah nak tutup.

Cuti sekolah nanti kalau ada yang nak bawa anak kesini masih sempat lagi.Beli sekali tiket ke Thomas Town tau.Sebab memang satu bangunan.

Maklumat mengenai tiket boleh klik link kat bawah tu. Tempah online je.Dapat 20% diskaun.Kalau on the spot beli kat kaunter mahal sikit.

Klook.com

You May Also Like

0 comments

Klook.com