Rahsia Nenek Usia Nak Masuk 90 Tahun Masih Tak Nyanyuk

by - Monday, October 07, 2019

Sumber gambar : unsplahed


Rahsia Nenek Nak Masuk Usia 90 Tahun Masih  Tak Nyanyuk | Di kampung sebelah suami ada seorang tukang urut yang usianya dah nak masuk 90 tahun tau. Tapi yang bestnya dia masih ingat apa yang berlaku sepanjang hidup dia. Dan jangan tak percaya tangan dia kalau mengurut tu macam orang muda.

Masih kuat dan bertenaga sekali kalau dia urut.Bukan nak kata di membela ke apa. Takde lah membela bagai. Cuma ada lah amalan dia kekal sihat macam tu.

Sis kalau sakit sakit badan atau rasa badan berangin mesti balik kampung berurut dengan nenek Ngah (Nama panggilan nenek ni). Bukan apa dia pandai cari urat mana yang terkehel ke ada angin ke.

Berbalik pada kisah nenek Ngah ni tiap kali urut pasti dia akan kongsikan macam macam cerita dan kisah hidup dia.Yang paling kerap dia cerita kisah pergi haji sampai balik haji.

Hampir setiap saat dia ingat detik dari berangkat, semasa tawaf dan rukun rukun haji yang dia buat sampaikan masa balik pun dia ingat.Dulu dulu orang pergi haji naik kapal dia kata.Lama nak sampai.

Ayat alquran pun yang dia hafal kekal lagi dia ingat.Sekarang mata dia macam dah tak nampak, dia sedih sebab tak dapat nak baca alquran, dia cuma dapat baca ayat ayat yang dia ingat je. Banyak benda dia boleh ingat sis pun tanya apa amalan dia buat.



Tips nya dia kata selalu baca al-quran dan maknanya sekali.Tak perlu hafal tapi kalau hafal lagi bagus.

Lagi satu dia kata banyakkan minum air dan makan tu berpada pada.Huh! semua yang nenek Ngah kongsi ni memang betul tau.

Mengikut pakar dalam bidang yang mengkaji tentang otak manusia Dr Rizal Abu Bakar untuk otak kita kekal muda dalam erti kata lain untuk elak penyakit lupa dan nyanyuk salah satu tipsnya ialah perlu banyakkan membaca.

Membaca buku atau alquran dan terjemahan.Buku pula mesti genre lain dari yang kita minat.Dan baca kena lah bagi faham.Membaca juga menaikkan kadar IQ manusia.

Wow, patutlah nenek Ngah punya ingatan masih kuat dan tak pelupa.Kena lah rajin rajinkan diri membaca dan menulis untuk sebarkan ilmu. Bak kata salah sorang influencer di facebook ni :-

"Jika usiamu tak mampu menyamai usia dunia, maka menulislah. Menulis kenalkan kamu di dunia dan panjangkan amalmu di akhirat kelak"
- Dr Azizul Azli Ahmad -





Terima kasih kerana membaca.Jemput follow blog ini dan singgah lagi lain kali.



You May Also Like

1 comments

  1. Salah satu kebaikan membaca Al-Quran pada yg membaca. MasyaAllah.

    ReplyDelete

Klook.com