Resepi Jemput-jemput Pisang Lembut Dan Gebu Cuma Guna 3 Bahan Utama.

by - Thursday, October 24, 2019


Jemput jemput pisang lembut gebu

Resepi Jemput-jemput Pisang Lembut Dan Gebu Cuma Guna 3 Bahan Utama.

Jemput jemput pisang lembut gebu
Selamat pagi, tengah hari dan petang eh selamat malam juga.Mana tahu tengah tengah malam korang masih skodeng lagi fb, blog dan sebagainya.

Actually kejadian jemput-jemput pisang lembut gebu ni baru je jadi pagi tadi, dah kering idea nak buat sarapan apa.Masa balik dari ambil progress report si kakak dina ternampak cik pisang tergantung dengan banyaknya.

Teruslah cakap kat anak anak apa kata kita buat jemput-jemput pisang lembut gebu (amboi panjang betul nama).Terus semua on sebab semua anak anak penggemar pisang.

Tapi siapa yang diet keto, rasanya tak lepas pisang ni.Tinggi karbohidrat.Lagi failed kalau pakai tepung gandum.

Nanti nak try pakai tepung almond atau tepung kelapa ke.Just 'incase' kalau nak elak gandum.

Untuk versi sis pagi ni tetap guna tepung gandum.Sekali sekala bolehlah, selalu tak boleh lah kan.Cuma 3 bahan sahaja diperlukan untuk merealisasikan jemput-jemput pisang lembut gebu ni.

Bahan-bahan:-

1. Pisang 10 biji.
(pakai pisang lilin, berangan atau pisang yang kecik kecik jangan pergi beli pisang nangka, ke pisang tanduk tak sedap dan maybe tak jadi.)

2. Tepung gandum dalam 1/2 cawan atau ikut kelembutan pisang.Jangan terlalu lembik atau terlalu keras.agak agak.
(boleh pakai tepung almond,tepung wheatmeal,tepung kelapa)

3. Soda bikarbinat 1 sudu kecil.


Cara membuatnya:-

1. Pisang dilenyek sehingga hancur.kalau ada sikit sikit tak hancur ok je.

2. Masukkan tepung dan juga soda bikarbonat.

3. Gaul sekata.Dah boleh panaskan minyak.

P/s:- Boleh rasa dulu.kalau pisang tak manis boleh tambah sikit gula.ada yang letak secubit garam.

Tips menggoreng nak kasi bulat boleh ceduk pakai tangan dan jemputkan ke dalam kuali.

Kalau taknak tangan kotor pakai dua sudu dan masukkan bahan dalam kuali.

Selalunya kalau nak makan jemput-jemput pisang ni pergi beli dan terfikir macam mana lah dia buat leh jadi bulat bulat.Siap perhati macam mana dia buat.

Dan bila cuba sendiri akhirnya menjadi seronoklah.Banyak kali dah buat resepi senang je.haha.Almaklumlah tak teror bab masak memasak ni.

Selamat mencuba.



You May Also Like

0 comments

Klook.com