Resepi Mee Jawa Sedap, Pekat, Terangkat Resepi Istimewa Dari Ibu Mertua

by - Wednesday, October 30, 2019



Resepi Mee Jawa Sedap, Pekat, Terangkat Resepi Istimewa Dari Ibu Mertua | Assalamualaikum, salam sejahtera. Hari ni sis nak kongsi Resepi Mee Jawa Istimewa dari my MIL. Mee Jawa ni ada yang panggil mee rebus. Tak banyak beza rasanya cuma mee jawa ada kacang tanah dalam kuahnya untuk pekatkan kuah.


Letak sini resepi nanti lain kali kalau nak buat boleh rujuk kat blog sendiri. Sis punya MIL memang pernah berniaga mee Jawa dan memang pakar bab masak memasak.Banyak lah belajar memasak dengan dia dan ada resepi yang tak tahu tu rujuk je pada dia.

Bab memasak my MIL memang superb.Yelah orang pernah berniaga mesti jaga kualiti dan mesti ada cara tersendiri nak bagi makanan tu sedap.Masa bulan puasa lepas buat sekali dirumah dan cepat cepat salin bahan serta cara.

Selalu main tengok je.Kali ni terasa nak catit semua bahan, mana tahu akan datang terasa nak membuatnya.Mee jawa bahan agak banyak dan proses renyah.Kena betul betul rajin dan nak makan baru boleh buat.Tak macam mee kari bahan simple.Tapi apapun kena simpan jadikan rujukan.


Bahan-bahan :-
  • Mee kuning 2 kilo
  • Daging 1/2 kilo ( direbus dan hiris nipis ambil air rebusannya untuk dicampur dalam kuah)
  • Udang sikit nak bagi rasa manis katanya
  • Bawang besar 1 biji
  • Serai 2 batang diketuk
  • Keledek kuning dalam 1/2 kilo ( direbus dan diblend)
  • Rempah kari daging 5 sudu
  • Cili kisar dalam 2-3 sudu
  • Kacang tanah segenggam (digoreng tanpa minyak dan asibgkan kulit serta blend halus)
  • Bawang merah 7biji *
  • Bawang putih 4ulas *
  • Halia dalam 1 1/2 inci`*
  • Lengkuas 1/2 inci *
  • Udang kering segenggam*
  • Taucu dua sudu besar
  • Kicap dalam 3 sudu
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

****


Bahan-bahan sampingan:-


  • Tauhu dihiris nipis
  • Taugeh
  • Cili besar
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
  • Sawi dicelur
  • Daging rebus tadi yang sudah dihiris nipis 

Bahan sampingan ini ikutlah mana yang ada kat rumah.


Cara membuatnya:

1. Tumbuk atau blender bahan bertanda * di atas.
2. Bawang besar dimmayang dan di tumis bersama serai yang diketuk.
3. Lepas bawang dah agak layu, Masukkan bahan yang sudah dikisar.
4. Lepas itu masukkan pula cili kisar dan tumis sampai garing.
5. Masukkan rempah kari. Kalau pekat masukkan air rebusan daging  sedikit.
5. Campurkan taucu dan kicap sedikit sahaja untuk warna sedikit gelap serta masukkan air rebusan daging dua cawan.
6. Selepas tu masukkan kacang tanah kacau sebati.
7. Bolehlah masukkan keledek yang sudah direbus dan diblend.
8. Masukkan air rebusan daging dan ikut banyak mana kuah kita nak, tunggu sedikit pekat dan boleh lah letak garam + gula sedikit.
Campakkan asam keping/asam gelugor sekeping.

Rasa kuah mee jawa memang ada sedikit manis sebab camouran keledek dan udang.Kalau taknak letak udang pun boleh juga.

Dah siap boleh dihidangkan dengan bahan bahan sampingan lain.Memang sedap.Kalau korang ada masa try lah buat ikut resepi ni.

You May Also Like

0 comments

Klook.com