Tips Lipat Dan Susun Baju Cara Marie Kondo Jimatkan Luggage Ketika Bercuti.

by - Friday, October 25, 2019



Tips Lipat Dan Susun Baju Cara Marie Kondo Jimatkan Ruang Luggage Ketika Bercuti. | Happy weekend semua.Eh! Orang Johor weekend Jumaat Sabtu lah kan.Ada yang nak balik kampung atau pergi travel ke sempena cuti sambutan Deepavali Ahad nanti.

Biasanya kalau travel dengan family dan ada anak ramai mesti penggunaan luggage atau orang panggil "beg balik kampung" mesti jadi masalah.Masalah dari segi jumlah beg, susunan baju dalam beg dan juga berapa banyak baju perlu dibawa.

Macam daku berlima beranak ni yang rajin balik kampung dan travel memang kalau boleh nak bawak satu beg angkut semua.

Bukan apa bila bawa terlalu banyak beg nanti takde sapa nak angkut.Contohlah kalau kitorang nak kena naik flight lagilah pilihan beg kena betul.Takkan nak suruh anak bawak beg galas sorang satu.Oh! Memang susah.

Kalau bercuti di kawasan pulau pula, biasanya kita org akan gunakan beg galas yang besar je satu.Faham-fahamlah kalau ke pulau nak kena melangkah naik ferilah, naik botlah, kalau bawak beg tarik susah sikitlah dengan keadaan anak 3 orang kecil lagi ni.

Kalau travel atau balik kampung biasanya bawa luggage je.Senang nak handle sebab sampai je hotel atau kampung tak yah transfer baju biar je dalam beg dan senang nak pilih nanti.

Lipat Dan Susun Baju Cara Marie Kondo Jimatkan Ruang Luggage Ketika Bercuti.

Tahu tak kalau kita praktikkan Tips Lipat Dan Susun Baju Cara Marie Kondo ni memang Jimatkan Ruang Luggage Ketika Bercuti.

Bayangkan kalau dulu tak praktikkan cara susunan dan lipatan macam ni memang jumlah beg jadi banyak.Pakaian pun tak boleh nak bawa banyak.

Sekarang ni, bukan je pakaian tu cukup dengan jumlah hari kami travel lagi best lebih best ia lebih sistematik bila nak ambil baju.Tak lah berterabur satu beg.

Banyak ruang boleh letak baju, dan barang lain macam tuala, beg mandian.Tapi biasanya pampers dan beg mandian akan diletak dalam satu beg lain yang lebih kecil.


Susunan baju kena menegak.

Satukan baju dan seluar yang sepasang dan lipat kecil.

Tara! Luggage yang siap di isi dengan baju anak.Bahagian zip letak benda benda kecil dan bahagian sebelah lagi baju ibu ayah serta tuala.

Lipat Dan Susun Baju Cara Marie Kondo 

Satu luggage muat untuk 3 anak kecil dan ibu ayah sekali.

Ok! Siap sudah menyusun atur beg pakaian.Sudah boleh gerak balik kampung dah ni.

Untuk korang yang ada anak lebih dua orang boleh praktik cara ini. Cumanya kalau anak masih baby dan menyusu botol mungkin lebih bertambah begnya.

Mana nak angkut bakul yang dipenuhi bekas susu, botol susu, tarmus lagi.Beg pakaian je boleh disatukan lepas tu buat cara lipat dan susun cara Marie Kondo ni.Barang lain boleh letak satu bakul atau beg kecil.




Selamat bercuti dan bergembira bersama tersayang.


You May Also Like

1 comments

  1. ohh mcm tue pula.. kalau sy selalu susun melintang.. patutlah makan ruang..
    btw sy follow blog ini ya.. salam perkenalan..

    ReplyDelete

Klook.com