Lakukan 5 Cara Ini Untuk Ubat Hati Yang Stres, Gelisah Dan Tidak Tenang

by - Saturday, October 12, 2019

Sumber image:- www.euromunblog.com


Lakukan 5 Cara Ini Untuk Ubat Hati Yang Stres, Gelisah Dan Tidak Tenang | Jika hari ini kita sering rasa sempit, sedih, bercelaru tidak tenang, selalu stres ubatlah hati iaitu jiwa kita dahulu.

Memang tak mudah nak ubati hati. Tapi tiada siapa mampu merubahnya melainkan kita sendiri yang mulakannya.


Pesanan dari Imam Nawawi RA dalam karyanya Kitab At-Tibyaan ada 5 perkara yang menjadi penawar hati adalah:-



# 1 Qiraatul Quran (Baca Alquran serta Maknanya)


Setiap hari luangkan sekurang-kurangnya 15 minit untuk kita baca dan fahami maksud ayat ayat al-quran pasti kita akan merasai ketenangan disitu.


Sungguh kalau kita bergantung harap pada manusia kita akan rasa lelah, penat dan duka.Tapi kalau kita berpegang pada Kitab Allah hati rasa lebih damai.


Dan banyak surah surah dalam al-quran yang kita boleh amalkan antaranya :-


a) Surah Ar-Rahman:-


Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:

“jangan tinggalkan membaca surat Ar Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak mententeramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhan bersamanya(Ar Rahman) pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia  yang paling indah dan baunya paling harum, pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri dihadapan Allah yang paling dekat denganNya selainnya."


 b) Surah Al-kahfi:-


Pertama: 



Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)

Kedua:

“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Antara kelebihan lain Surah  al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)

c) Surah Al waqiah:-

Antara banyak banyak manfaat Surah Al-waqiah adalah dijauhkan dari kemiskinan. Apabila seseorang membiasakan diri untuk membaca Surat Al Waqiah sebanyak satu kali setiap malam atau pagi, maka ia akan mendapatkan pahala yang sangat baik iaitu akan dijauhkan dari kemiskinan untuk selama-lamanya.

d) Surah al-Mulk:-

Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: 

“Sesiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”




#2 Wa qiamul lail (bangun malam bertahajud)

Di waktu pagi ketika semua sedang tidur waktu paling mustajab kita meminta apa jua dengannya.


Ketika waktu tahajud itu langit terbuka luas dan Allah mendengar apa yang kita minta.Ibaratnya kalau siang hari orang sibuk bekerja kenderaan sesak jem di siang hari hari juga ramai yang berdoa dan meminta pada Allah.


Maka keadaannya jadi sesak, tetapi tidak diwaktu tahajud, keadaan tenang orang kebanyakkannya tidur hanya kita sahaja bersama Allah.

Tujuan Solat Tahajjud.

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
#3 Wa majaalisatus shalihein(Berkumpul bersama orang soleh)

Kalau dalam keadaan kita sekarang, berkumpul dan berkawan lah dengan orang yang positif.Orang yang berjaya dan ada mind yang hebat.Kalau berkesempatan sering hadirkan diri ke majlis ilmu.


Elakkan bercampur dengan mereka yang gemar mengumpat dan suka keluar kan perkataan yang tak elok dan negatif.


Energy itu sifatnya mengalir kalau kita duduk dikalangan orang yang positif sedikit sebanyak cas positif akan mengalir dan kita turut akan ke arah kebaikan juga.


#4 Wa ikhlaaul baathin (berpuasa)


Banyak fadilat amalan berpuasa.Puasa sunat Isnin Khamis sudah sangat hebat kesannya.


Bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi puasa juga beri manfaat untuk kesihatan otak.Apabila organ utama kita iaitu otak sihat maka pengurusan stress dapat dilakukan dengan baik dan lebih tenang.


#5 Wa thadaruindas shabaah (berzikir)


Zikir dengan nama nama Allah juga banyak khasiatnya.


Kalau mak mak yang super duper penat menjaga anak anak dirumah dan bekerja boleh amalkan zikir Ya Bari' ( Yang Maha Mengaturkan, Mengaturkan),  Ya Sabur(Yang Maha Sabar), Ya Basit( Yang Maha Melapangkan).


Tidak dinafikan pada hari ini ramai ibu yang mengalami tekanan melampau dan anxiety.Untuk elakkan ia makin bertambah parah keraplah  sematkan dalam hati zikir zikir, tasbih,tahmid ataupun istighfar.


Cara berzikir pun perlu betul.Bukan main sebut laju laju sebaliknya ia perlu dilakukan dalam keadaan tenang.Bagaimana nak mulakan?


Caranya adalah dengan memulakan kaefah pernafasan.Tarik nafas guna hidung dalam kiraan 5 tahan dalam kiraan 5 dan hembuskan sambil sebut zikir tersebut.






Sekian.Terima kasih kerana membaca jemput follow blog ini dan dan singgah lagi lain kali.




You May Also Like

1 comments

Klook.com