Awas! 5 Sikap Buruk Harus Dielakkan Ketika Travel Bersama Buddies/Family

by - Friday, November 15, 2019




5 Sikap Buruk Harus Dielakkan Ketika Travel Bersama Buddies/Family | Cuti sekolah dah nak mula, ada yang dah merancang dari awal tahun bahkan dari tahun lepas lagi nak bawa anak anak makan angin tak kiralah dalam atau luar negara.

Bercuti bersama kumpulan kecil, bersama keluarga yang ramai ataupun seorang diri (kembara solo) memang menyeronokkan. Kalau rasa dah lama sangat tak menenangkan jiwa terutama pada mommy mommy inilah masa yang sesuai bawa anak anak menghirup udara luar.

Ada banyak pilihan tempat menarik dalam negara kita sendiri.Tapi kalau ada bajet lebih apa salahnya melancong ke luar negara melihat keunikan budaya luar.

Bercuti bukan sahaja dapat menenangkan jiwa malah ia dapat merapatkan kembali hubungan dengan anak anak, pasangan atau ahli keluarga bila bercuti bersama.Melainkan kalau korang mengembara sololah.

Selain tu dapat mencergaskan kembali badan yang lemah longlai dek tugasan harian.Aktiviti berenang, berjalan jauh ketika bercuti memang baik dan banyak keluarkan peluh.

Tapi kan, ada beberapa Sikap Buruk Harus Dielakkan Ketika Travel Bersama Buddies/Family.Memang buruk sangat kalau perangai macam ni di bawa ketika travel.Makin bertambah sakit hati kalau bercuti dengan orang macam ni.

Antara sikap buruk ketika travel ramai ramai tak kiralah dengan kawan atau pun family ialah:-


1. Bergaduh dengan pasangan

Memang menyakitkan mata, hati dan telinga betul kalau bercuti dengan orang yang suka bergaduh dengan pasangan masing masing. Kalau ada benda yang tak kena sesama pasangan lepas tu pergi meninggi suara depan depan rakan traveler lain.

Kalau tak puas hati main tengking je suami/isteri depan orang ramai.Ataupun main buat muka monyok, ingat marah ngan orang lain rupanya sakit hati laki bini. Memang sikap buruk yang patut di buang jauh kalau nak pergi bercuti bersama dalam kumpulan yang ramai.

Jagalah air muka pasangan korang. Kalau nak minta tolong boleh kot minta cara yang baik.Kalau dah terbiasa kat rumah cakap kasar bila berhadapan dengan situasi duduk dalam satu homestay ramai ramai cakap lah elok sikit.

2. Terlalu cerewet

Tak boleh bawa orang cerewet sangat kalau bercuti.Duduk diam diam kat rumah ataupun pergilah bercuti dengan orang yang cerewet juga.

Cerewet bab makan, semua benda tak boleh nak telan.Dah nama pergi tempat orang kenalah sesuaikan diri dengan tempat orang.

Kalau rasa tak boleh telan langsung mintalah makanan yang senang nak makan.Tak perlu pesan makanan kat kedai bawa je bekal roti sendiri.

Cerewet bab anak anak pun satu sikap buruk yang patut korang tinggalkan jauh jauh masa bercuti ye.Anak aku tak boleh mandi pantai lama lama lah, anak aku tak boleh mandi kolam lah.Dan macam macam lagi anak aku tak boleh itu ini.

Sampaikan anak anak yang nak bergembira terbantut dek perangai emaknya yang super cerewet.Bukan apa kita bercuti ramai ramai, bawa anak dah pilih tempat dan memang nak gembira kita just perhatikan aspek keselamatan anak anaklah.

Janganlah sampai semua tak boleh.Ada pula limit limit masa.Cukuplah sekadar kalau maghrib tak perlu lah nak mandi kolam atau pantai lagi. Tengah hari terik nak main pasir main bawah pokok atau tempat redup.Jangan lah main bawah sinaran terik matahari.

3. Ikut kepala sendiri 

Biasanya kalau bercuti ramai ramai dah jadual atau tempat yang nak dituju. Itenari ni sekadar panduan je takdelah nanti termanggu manggu dalam homestay/hotel tak tahu nak ke mana.

Akibatnya bercuti pada awalnya nak hilangkan stress, jadi bosan menghadap televisyen je. Boringnya kalau dapat rakan traveler macam ni.

Lebih membosankan bila ada sorang yang kita kena dengar cakap dia je.Nak ikut pula sebiji macam dalam itenari.Tak boleh nak culas sikit.Cakap dia je betul.

Contoh, dah kata tempat tu jem cari alternative pergi tempat lain dulu, eh! Mana boleh nanti itulah nanti inilah.Kena juga ikut cakap dia.Alamak memang lain kali tak pergi lah bercuti dengan orang macam ni lagi.

4. Tak jaga mulut/perangai

Satu sikap yang patut dijaga bila pergi bercuti ramai ramai.Jagalah mulut dan perangai. Kalau tak puas hati dengan orang lain tak perlu nak tunjuk perasaan sangat.

Just go on, ikut mana yang patut. Benda jadi lebih parah bila tak puas hati dengan si A pergi mengumpat beramai ramai. Kumpul dalam satu bilik tinggalkan si A termanggu sendirian then korang mengumpat.

Minta dijauhkanlah dengan orang macam ni.Perangai buruk tu bila duduk homestay ke bilik ke ramai ramai sama samalah kita kemas dan bertolak ansur.Janganlah pula sampai terlalu rajin bebenor sampai orang nak rehat rehat kau pula tak habis habis nak mengemas. 

Pastu nanti kelentang kelentung dia basuh pinggan tak puas hati, buat muka penat dan tak puas hati.

5. Kuat merungut dan membebel

Merungut, membebel, memaki dan banyaklah sikap buruk yang patut dihindari kalau nak travel dengan group yang ramai ni.

Siapa je yang suka dengar orang membebel.Tak kiralah kau membebel dengan anak kau ke, membebel pasal makanan ke, membebel pasal homestay ke.

Lagi tak best, membebel tahap sampai marah marah. Alamak tolonglah jangan buat perangai macam ni.

Cukup cukuplah anak korang kena bebel kat rumah, kalau pergi bercuti kurangkan sikitlah bebelan tu, nanti orang lain panas telinga.

Kalau rasa anak tak nak dengar cakap tak perlu kot nak membebel atau marah marah depan orang lain, better tarik anak tu masuk bilik, atau bawa gi mana mana then slow talk je.Jangan terjerit jerit depan orang ramai. Anak pun malu.Orang lain pun rasa tak syok.

Apapun, janganlah pentingkan diri sendiri je ketika bercuti beramai ramai ye.Ikut mana yang dah dirancang dan jangan asyik tak puas hati je.

Pergi bercuti kan nak tenangkan diri, janganlah menyusahkan diri dan berakhir dengan sesuatu yang tak best pula.Just enjoy your holiday..

You May Also Like

0 comments

Klook.com