KHM Strawberry & Jam Tempat Wajib Singgah : The Best Scones Di Cameron Highlands.

by - Wednesday, November 27, 2019

KHM Strawberry & Jam Tempat Wajib Singgah : The Best Scones In Cameron Highlands | Kalau korang bercuti di Cameron Highlands jangan lepaskan peluang singgah di KHM Strawberry & Jam di Taman Sedia, Tanah Rata.



Apa yang best sangat kat sini adalah scones nya yang sangatlah sedap..Alahai, masih terasa rasa kat tekak saat menulis ni.




Satu Set RM17 dapat 4biji scones bersama satu teko teh panas.Memang asyik bila makan time sejuk sejuk manja ni.Banyak lagi tempat lain yang jual scones tapi rata rata bagi riview terbaik di sini so, jangan tak try tau.




Image : Facebook KHM


Selain scones nya yang memikat, korang boleh cuba makan spagheti di KHM Strawberry & Jam. Sos spagheti buatan sendiri yang rasa lemak keju dan masam tomato sangat sedap.Kitorang makan rasa tak cukup sepinggan.

Image : Facebook KHM


Nasi minyak di KHM Strawberry & Jam juga antara menu yang tak kurang sedapnya.Pagi pagi dah pekena nasi minyak memang tekak melayu betul lah kan.Siap ada acar strawberry.

Image : Facebook KHM

Image: Facebook KHM



Bila dah makan makan, korang boleh memetik strawberry kat ladang milik bumiputera ni.Kat depan kaunter pula ada dijual produk yang berasaskan strawberry di hasilkan dari KHM Strawberry & Jam sendiri.

Ada acar strawberry, jam strawberry, ada jus strawberry dan ada juga jual dalam box strawberry segar.Kalau tak sempat petik beli je dalam box harga rata rata semua sama.



Pukul 8.30 pagi panas terik di Cameron Highlands

Beratur nak order makanan.Pagi pagi dah ramai beratur.

Jenuh beratur pepagi , pagi tapi panas boleh tahan juga kat Cameron Highlands ni.Kali ke empat pergi baru tahu kewujudan tempat ni.

Lain kali kalau ada rezeki pastilah tak lepaskan peluang ke sini lagi.

Alamat:- 



No 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. (163.18 km) 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

No Telefon : 05-491 1836
Facebook : KHM Strawberries & Jam
Waktu Operasi : 09:00 pagi – 05.00 petang

You May Also Like

2 comments

  1. bunyi nye menarik dn memikat hati sya lh lgi lgi menu dkt KHM Strawberries & Jam ish..x sabar nk gi cameron highlands ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pergi lgi pon mcm tengah prgi dh pulak

      Delete

Klook.com