Zetter Suite Cameron Highland : Dekorasi Mewah Victorian-Theme Style Menambah Seri Percutian Di Tanah Tinggi Ini.

by - Monday, January 06, 2020

Zetter Suite Hotel Apartment : Dekorasi Mewah Victorian-Theme Style Menambah Seri Percutian Kami Di Cameron Highlands. | Kembali lagi ke Cameron Highlands selepas 6 tahun.

Kali ke 4 bercuti ke sini dan kali ini kami berlima.Cameron Highlands antara tempat dalam Malaysia yang sis pergi banyak kali selain Pulau Tioman, Genting Highlands.

Tak jemu datang banyak kali ke Cameron Highlands sebab suhunya yang sejuk . Sesekali dapatlah menenangkan jiwa serta melepaskan lelah daripada urusan harian menguruskan hal rumah dan anak anak.

Selain daripada itu, kepelbagaian jenis bunga bunga yang berwarna warni serta sayur sayuran yang sangat murah antara daya penarik di Cameron Higlands.Ops! Tak lupa juga dengan strawberry nya kalau beli kat tempat lain berapa biji je dah berpuluh ringgit harganya.

Di kebun kebun strawberry Cameron Highland siap boleh petik sendiri dengan harga sangat berbaloi.Sampaikan tak habis makan dibuatnya.

Setiap kali bercuti ke sini kami menginap di tempat yang berbeza.Pernah memilih homestay rumah dua tingkat kerana bercuti satu keluarga besar, hotel dan kali ni hotel apartment.

Pemilihan tempat menginap penting bila dah beranak ramai ni.Kalau stay di hotel biasa kos agak tinggi kalau nak pilih bilik lebih luas, katil yang besar dan kalau anak dah besar terpaksa ambil dua bilik.Macam sis anak 3 dan masih kecil kadang kadang ambil je hotel satu bilik tapi kena tengok keluasan bilik.

Untuk percutian kali ini kami berlima memilih Zetter Suite Hotel Apartment untuk percutian 4 hari 3 malam kami di Cameron Highlands. Dekorasi ala Victorian-Theme manampakkan gaya mewah dengan harga yang berpatutan menambah seri percutian di Cameron Highlands ni.

Ruang Lobby Zetter Suite
Ruang lobby yang di hias sederhana tapi nampak mewah dan sangat menarik. Walaupun bukan bertaraf hotel 5 bintang tetapi hiasan dalamannya sejuk mata memandang dan nampak kemas.

Biasanya kalau di tempat lain yang berkonsep "service apartment" tiada lobby yang besar, kalau ada pun just meja pendaftaran.Tetapi mungkin konsep di sini "hotel apartment" jadi dekorasi ruang lobby turut di utamakan pemiliknya.

Lobby Zetter Suite Hotel Apartment


Lobby Zetter Suite Hotel Apartment
Pemanas api tiruan, bukan keluar api tapi lampu yang keluar.Kalau rumah lama lama di Cameron Highlands ni memang banyak yang ada pemanas api sebab suhu dulu dulu kalau ikut rekod suhu pernah mencecah 11°c. 

Sekarang ni je tak sejuk sangat sebab dah banyak pembangunan.Dan juga isu pemanasan global.
Lobby Zetter Suite
Kaunter pendaftaran Zetter Suite
Masa kami sampai dalam pukul 3.30 petang orang tak berapa ramai nak check in.So, takdelah menunggu lama sangat.Dapat kunci terus check in.

Last check in pukul 7 petang ye.Kalau sampai lewat kaunter tutup.Takde pekerja dah.So, agak agak sampai malam kena inform diorg awal awal.Kalau tak alamat tak masuk biliklah jawabnya.

Ruang tamu ada balkoni menghadap jalan 
Kalau ada yang nak stay di sini pastikan korang cek betul betul dia punya keadaan bilik, paip tak bocor, lantai tak berair, sofa dan karpet tak berbau hapak, tuala mandi disediakan.

Ada suite yang biliknya kondisi agak teruk.Walaupun cantik tapi keadaan sofa berbau hapak macam tak terjaga.Kalau terkena bilik macam tu boleh komplain dan minta tukar bilik. 

Yang lain lain ok je.Dari segi dekorasi dia memang menarik sesuai dengan namanya hotel aparment.Bilik Air bersih keadaan suite pun bersih.

Ruang makan dan dapur 
Meja solek pun sedondon dengan semua perabot dalam apartment ni.Konsep yang sama.

Apartment 1 bilik.
Jenis-jenis bilik Zetter Suite Hotel Apartment:-

Ada 4 jenis bilik di tawarkan di Zetter Suite Hotel Apartment ni.

1. Deluxe Queen Studio -  1bilik 1 katil queen.

2. Deluxe Apartment - 2 bilik setiap bilik ada 1 katil queen.

3. Duplex Apartment - 2 bilik dan lebih luas dari Deluxe Apartment. Satu bilik ada 1 katil queen dan satu lagi bilik ada 2 katil single.

4.Penthouse Apartment - Ada 3 bilik.Dua tingkat.Katil queen pada setiap bilik.

Bilik tidur 1katil queen.Sila bawa selimut dan toto lebih.Kalau anak ramai boleh tidur di ruang tamu.Nak lagi selesa pilih suite yang dua bilik.

Televisyen ada banyak juga siaran boleh tengok tapi sebab datang sini bukan nak tengok tv kan.Malam malam jelah on.Lepas dah penat jalan jalan.

Hiasan dinding.Gambar yang menarik.

Kipas ni sekadar hiasan.Sebab sepanjang kami menginap disini tak on langsung kipas.Pakai angin semulajadi.

Ada tempat masak tapi tak boleh masak.Microwave pun ada untuk panaskan lauk.Kettle disediakan.

Lampu hiasan yang cantik.
       Permandangan dari koridor.Suhu masa ni sekitar          17-21 °c.
Awan mendung tapi tak hujan.Sejuk sangat time ni.Macam duduk dalam aircond.

Zetter Suite Hotel Apartment

Zetter Suite Apartment Hotel  terletak di tengah tengah antara Tanah Rata dan Brinchang. Boleh tempah sekali dengan sarapan di booking.com atau Agoda sebab ada Boutique Cafe di sebelah lobby.

Kalau taknak pun tak pe sebab dibahagian bawah apartment ada deretan kedai makan dan juga kedai serbanika 7Eleven.Ada juga kemudahan dobi layan diri.

Lokasi yang pada sis sangat strategik. Memang berdepan dengan Pasar Malam Cameron Highlands. Kebanyakkan tempat menarik berada di Brinchang jadi senang dan dekat kalau nak bergerak ke mana mana.

Macam kami sampai hari Khamis petang terus berehat yelah 6-7 jam perjalanan dari Kluang.Mahu tak patah pinggang.So, sampai je petang kitorang just menikmati rasa sejuk dari bilik je.Tak kemana mana.

Sebelah malam pula makan malam di kedai nasi Arab Mandey kat bahagian bawah apartment je.Banyak lagi pilihan kedai lain di sini.Steamboat pun ada tapi di bangunan lain.

Hari Jumaat esoknya baru kami start bergerak ke tempat tempat menarik di Cameron Highlands.Malam tu gigih search internet dan siapkan list tempat yang wajib dikunjungi esoknya.

Kalau datang dari arah Tapah korang akan lalu Ringlet lepas tu Tanah Rata dan barulah jumpa Cameron Golden Hills ni.Kalau datang dari arah Simpang Pulai akan melalui Kampung Raja, Kuala Terla, Tringkap pastu barulah jumpa Brinchang.

Sis suggest guna exit Simpang Pulai walaupun dari arah selatan.Kalau guna Tapah nak turun bolehlah.

Lagi satu kalau ikut Simpang Pulai akan jumpa Avant Chocolate Cameron Highland, dan Taman Lavender dulu.Bolehlah singgah sebelum naik ke Brinchang sebab agak jauh lagi nak naik ke atas.Melainkan kalau nak singgah masa nak balik nanti.

Pada sis penginapan di Zetter Suite ni paling strategik dan tengah tengah.Nak lagi best leh tempah di Nova Hotel.Lagi dekat nak ke Taman Rama-rama, Muzium 3D Cameron Higlands dalam Mall Cameron Square, dekat nak ke Time Tunnel, Kea Farm.

Cuma kat Nova Hotel agak sesak dan busy sikitlah berbanding di Golden Hills.Golden Hills lebih tenang crowded bila ada pasar malamlah.Apapun Cameron Highlands the best.Pasti akan datang lagi kalau ada rezeki panjanh umur.



You May Also Like

0 comments

Klook.com