Mengamuk Bila Tak Dapat Gajet Simptom Sama Seperti Ketagihan Dadah

by - Tuesday, December 03, 2019



Mengamuk Tak Dapat Main Gajet Simptom Sama Seperti Ketagihan Dadah | Gerun baca bila anak yang mengamuk tak dapat main gajet di phone, tab, ipad,tv segala jenis screenlah,  amarah diorang sama seperti seorang penagih dadah yang tak dapat dadah.

Ketagihan melampau pada screen gajet menyebabkan anak anak ini akan mengamuk sakan bila kita ambil gajet tersebut atau kita suruh mereka simpan.

Masa anak pertama dulu daku pernah tersilap dalam mendidik.Masa tu baru nak berjinak dalam dunia parenting.Kat rumah pula memang tiada talian internet jadi ilmu parenting tak banyak sangat dapat di google melainkan dengar dari orang lain, beli buku ataupun pergi kelas.

Phone pula jenis biasa biasa je.Tak macam sekarang canggih dan wifi pun merata.Maka kononnya dengan pendedahan pembelajaran pada ipad yang besar tu anak akan lebih terstimulasi.Gigihlah ayah nya membeli ipad, download lah macam macam jenis education game dan juga yang berbentuk pembelajaran.

Makin hari si kecil makin seronok tengok screen, tengok keletah dia melompat, bertepuk tangan bila mendengar lagu memang rasa wah! Comelnya.Pandai dah sebut perkataan dalam lagu tu.

Tibalah ada satu masa terbaca satu blog ni.Kisah anak nya yang hampir autism sebab beliau sangat sibuk urusan sambung study, ada anak kecil, jadi gajet adalah jalan pintas untuk beliau senyapkan anaknya dari mengganggu beliau menelaah atau menyiapkan tugasan.

Bertahun berlalu sampai satu hari dia perasan anaknya yang sudah masuk usia 2tahun makin ganjil perangainya.Kerap mengamuk,baling barang, menjerit dan seakan hilang kawalan emosi.Beliau jadi risau sampai berhenti study dan buat rawatan untuk anaknya.

Pakar mengatakan anak beliau over expose tu screen.Menyebabkan anak nya tidak boleh mengawal emosi sendiri.Ada juga kanak kanak lain yang juling, tak boleh bergerak disebabkan terlalu terdedah pada screen bawah umur 6 tahun.

Bila mengikuti perkembangan beliau dari sehari ke sehari, barulah daku tahu bahawa pendedahan skrin pada anak anak di awal usia sangat merbahaya.Bila sampai ketagih ia akan jadi lebih parah.

Macam anak ku yang sulung, hampir ketagih dan tahap mengamuk sakan bila kita suruh dia simpan ipad.Dia akan mengamuk guling guling atas lantai.

Sampai satu tahap guling guling sampai penat dan tertido.Puh, mencabar sangat masa tu.Tapi nasiblah ketegasan ku merawat anak ku.Dan Allah lorongkan daku jumpa blog sis Adlil Rajihah.

Susah sebenarnya nak buang rasa ketagih ni.Macam penagih dadah kalau dah kena memang susah sangat nak buang.So, daku buat beberapa cara ni untuk kawal penggunaan gajet pada anak sulung ni.

Cara membuang rasa ketagihan anak pada gajet.

1. Bagi main tapi biar bateri tinggal sikit 

Yang ni kalau anak tak pandai nak cas, bolehlah bagi tahu ok dah tutup esok sambung.Kalau anak dah pandai cas biarkan dia cas tapi jangan bagi main masa cas, bagitahu lah bahaya nanti meletop.

Lepas dah cas sorokkan dan main lah aktiviti menarik dengan anak kita tu sampai dia lupa.Kalau dia ingat juga tahan je amukan dia tu.

2. Pagi pagi suruh pasangan kita bawa pergi kerja.Katalah ibu/ayah nak pakai.Kalau tak nanti bos marah.

Masa nak pergi kerja tu tunjukkan dah masuk dalam beg kerja.Buat hari hari sampai diorg tahu gajet tu bukan dia punya.Mula mula memang meraung lah.Mak kena tahan telinga, tanfab dan mulut.

Kalau tak tahan makin parah si anak kena cubit, pukul, tengking.Serius kena tahan marah, tegas dan diam jangan pujuk masa diorg mengamuk.

3. Bermain aktiviti lain yang lebih menyeronokkan.Contoh, beli mainan lego, block dan sebagainya.

Lebih kerap keluar main di luar rumah atau main melubatkan aktiviti fizikal.Aktiviti fizikal menghasilkan lebih banyak sel sel otak baru untuk sikecil.

Rangsang otak mereka dengan aktiviti permainan seperti chess, rubik cube, dam haji melukis, mewarna.

4. Pastikan bila tengok ipad, phone, tv ibu atau ayah ada sekali.Ada Komunikasi dua hala.Jangan biarkan mereka hanyut dan khayal sendiri.

5. Beritahu siap siap limit main sampai pukul berapa lepas tu terus ambil.Kalau anak mengamuk biar kan sahaja bila dah reda bagitahu lah kenapa tak boleh tengok lama lama.

Jom baca apa kata Dr Rizal Abu Bakar mengenai "Anak dan Gajet".
.
Kajian dari Harvard University mendapati, imbasan otak yang diambil ke atas penagih gajet dan penagih dadah menunjukkan kesan yang sama.
.
Mereka ini jadi seperti penagih dadah.
.
Apabila gajet diguna di waktu malam pula, ia ganggu tidur. Waktu tidurlah otak akan membesar.
.
Apabila tidur diberi diskaun tidak terganggukah proses membesarnya otak?
.
Apa berlaku apabila otak kecil. Tidak membesar seperti sepatutnya?
.
Sanggupkah kita lihat anak anak kita menjadi terencat di depan mata?
.
Lebih buruk ialah ia hasil kerja tangan kita?
.
Apabila memberi perlu berhati. Perlu perhati. Buatkan limitasi.
.
Anak-anak yang guna gajet lebih dari dua jam sahaja juga terganggu psikologi mereka.
.
Mereka lebih mudah terkena penyakit kemurungan, menjadi agresif, anxiety juga mudah terganggu emosi.
.
Gajet tidak sesuai dengan anak-anak. Walau mereka suka. Walau kita rasa tidak apa.
.
Perkongsian Dr Rizal 
"Terlalu banyak dan kerap menggunakan gajet mengganggu fungsi otak. Mudah hilang tumpuan dalam kelas."
.
Lagi Perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar tentang isu gajet:-
.
“Aku tengok anak-anak kau tak de pun pegang handphone atau tablet?”
.
“Tak boleh ke pakai gajet?” soalnya bertalu-talu.
.
“Boleh. Ada masa. Ada limitasi. Usah biar berlama-lamaan. Gangguan pada otak,” balas saya ringkas.
.
“Ok. Cuba kau elaborate sikit. Cakap kuat sikit bagi anak-anak aku dengar sekali,” balas rakan saya sambil mencuit anak-anaknya untuk mendengar ceramah perdana di pusat membeli belah.
.
Saya hanya tersenyum. Anak-anak saya hanya memerhati. Begitu juga isteri.
.
“Begini. Terlalu banyak dan kerap menggunakan gajet mengganggu fungsi otak. Mudah hilang tumpuan dalam kelas.” Jelas saya.
.
“Perkembangan mental terbantut. Pembelajaran akan ketinggalan. Kecenderungan untuk buat sesuatu secara melulu meningkat.” Tambah saya lagi.

“Lebih buruk lagi ialah kemampuan mengawal diri menurun. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak kurang empati dan lebih ganas dalam interaksi,” kata saya lagi.

.
Saya lihat wajah rakan saya sedikit cemas.

Adakah kita mahu anak anak yang bakal meneraju negara dan keluarga akan datang terus kecundang?

Pendedahan Gajet Terlalu Awal Banyak Keburukan Daripada Kebaikan.


Yup.Memang daku setuju dengan kajian daripada pakar yang mengatakan pendedahan gajet terlalu awal banyak keburukannya.

Nampak anak anak hebat dan comel bila menari ikut rentak, menyebut perkataan, membaca abc, 123 di awal usia tetapi sebenarnya emosi anak anak tidak terbentuk elok.

1. Mereka kerap memberontak/tantrum atau merajuk melebih lebih bila tak dapat sesuatu yang mereka nak.

2. Anak anak lebih keras kepala.Kena dengar cakap diorg sahaja.Tidak boleh bawa bincang.

3. Sukar berkawan, asyik nak menang dan ego terlalu tinggi.

4. Fokus dalam pembelajaran terbantut.

5. Interaksi dengan rakan rakan atau sesiapa sahaja begitu ganas tiada sopan.

Banyak lagi keburukan kalau nak ikutkan tapi cukuplah anda tahu yang memang gajet ini merosakkan fungsi otak.Nampak macam tak serius tapi dalam tak sedar pembentukan sahsiah anak merudum, pembentukan emosi juga terbantut.

Jadi nak kita anak hanya hebat akademik dapat straight A's atau nak anak yang hebat dalam sahsiah dan peribadi serta cemerlang akademi.Kita yang bentuk mereka dan teruskan menggali ilmu serta panjat kan doa untuk kesejahteraan mereka.


***********************************************

Bantu anak anak kekal fokus dalam kelas dengan memberi minuman koko ococ. Keluaran BrainStory dan diasaskan oleh Dr Rizal Abu Bakar seorang pakar dalam bidang psycology dan juga otak manusia.


Selain itu, Elakkkan minuman manis dan terlalu tinggi gula. 

Berikan sarapan kaya protein dan juga lemak sihat seperti avocado, minyak zaitun.

Maklumat lanjut tentang ococ koko direct wasap www.wasap.my/60123848743.

You May Also Like

0 comments

Klook.com