Percutian Singkat Kami Di Johor Bahru : Dekorasi Moden dan Simple di Cosy Modern Sentra Residence,Nasa City Menambat Hati.

by - Thursday, January 02, 2020


Cosy Modern Centra Residence.

Percutian Singkat Kami Di Johor Bahru : Dekorasi Moden Dan Simple di Cosy Modern Sentra Residence, Nasa City Menambat Hati.



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog sis hana hanis ni.

Tahun baru 2020 dah muncul baru ada masa nak story dalam ni.Macam biasa bila cuti sekolah masing masing ada agenda nak bawa anak pergi bercuti.Tenangkan fikiran, rapatkan bonding.

Masa nilah dapat bercuti ramai-ramai.Kalau tak masing masing sibuk dengan jadual sendiri.Tiap tahun cara nak rapatkan ikatan kekeluargaan sis pastikan setiap tahun ada perancangan percutian keluarga besar.

Seperti tahun tahun sebelum ni, kami pernah  bercuti ke Pangkor, Gold Cost Morib, Eagle Ranch Port Dickson dan beberapa lagi tempat yang dekat dengan Melaka.

Memang tak semua dapat join tapi sekurang kurangnya ada aktiviti keluarga.Kalau nak semua join biasanya bila aktiviti di kampung macam raya atau kenduri barulah semua dapat berkumpul.

Kali ni kami pilih Johor Bahru sebagai pilihan percutian singkat kami dan memilih Cosy Modern Sentra Residence ,Nasa City untuk homestay jenis apartment. Mulanya pilih nak ke Desaru tetapi dibatalkan last minit bila dapat tahu banjir di jalan Kota Tinggi.

Reason besar pilih homestay jenis apartment sebab nak anak anak enjoy mandi kolam.Kalau nak pilih landed homestay kalau ada kolam kos mungkin tinggi sikit.Kira oklah dapat stay kat Cosy Modern Sentra Residence ni.

Cosy Modern Sentra Residence, Nasa City Dekorasinya Moden Dan Simple Tetapi Tetap Menawan.

Kalau bercuti di Johor Bahru, pilihan tempat tinggal sangat banyak cuma tengok pada kapasiti dan bajet je.Pastu search aje di booking.com ada jenis hotel, apartment homestay, homestay biasa.

Kalau rasa ramai better pilih homestay.Lebih jimat dan berbaloi.Kalau pilih hotel tak dapatlah berkumpul ramai ramai sebab masing masing duduk dalam bilik. Bila cuti cuti biasanya time tulah nak borak panjang bila malam malam.Lagi lagi kalau dengan adik beradik yang hanya berhubung melalui wasap group je.haha.

Memang pilihan tempat tinggal berkonsepkan homestay sangat digalakkan kalau dah ramai ramai.Cuma ada sedikit leceh kalau memilih apartment homestay.Yelah kad access satu je yang diberi, setiap kali nak keluar nak kena lalu guard, parking pun terhad nak cek in sedikit leceh sebab takde lobby.

Tapi tengok juga jenis apartment, ada yang masuk subhome disediakan lobby untuk cek in.Kalau tak kenalah pergi peti surat dan ambil access kad.Tapi still ok lah.

Kali ni di Cosy Modern Centra Residence, Nasa City betul betul tepi highway area bandar Dato' Onn, Nasa City. Area sini ada kemudahan yang rasanya boleh dikatakan lengkap. Ada Aeon, kedai runcit, restoran walaupun bukan dalam satu bangunan tapi still easy to access pakai kereta.

Kemudahan yang ada dalam Cosy Modern Residence.

Bilik tidur depan

Bilik tidur depan

Bilik tidur tengah

Bilik tidur utama

Televisyen dan siaran yang agak banyak

Ruang dapur siap peti ais, microwave.

Ruang dapur untuk memasak

Peralatan masak yang ada

Ruang tamu sangat luas.Siap ramai ramai tidur luar.

Ruang tamu yang sangat luas dan selesa.Kami datang 9 dewasa dengan 6 kanak kanak masih lagi selesa.Apartment ni ada 3 bilik.

Siap boleh masak masak kalau korang rajin. Meja makan disediakan dan siap ada island bar counter. Macam ada dua meja makan. Mesin basuh pun disediakan.Nak basuh baju pun senang sebab ada koridor nak keringkan.

Setiap bilik dekorasi dia ala ala hotel.Cadar putih, comforter tebal, bantal gebu macam dekat hotel tuala mandi pun disediakan. Memang sis suka. Terasa macam nak sediakan bilik kat rumah sendiri deko ala hotel macam ni.


Ruang tamu simple tapi luas.

Sofa bed pun ada.

Sofa dia besar, boleh jadi katil untuk tidur.Ceh.. relax je si kakak macam rumah sendiri.Memang bersih dan tak berbau pun sofa ni.Tak tahulah sebab baru lagi atau macam mana.Harap selamanya dikekalkan bersih.



Anak anak dah siap dengan aktiviti diorg. Koridor dia pun luas masing masing gayat sebab dapat tingkat 10.Nasib bukan tingkat 20 ke atas.

Kolam mandi luas serta bersih.

Biasanya apartment mesti ada fasilities diorang sendiri untuk sesiapa yang jadi residences. Bila residences jadikan apartment diorg homestay so, automatik lah kita boleh guna fasilities yang disediakan.

Macam di Cosy Moden Sentra Residence ni ada kemudahan, kolam renang, gymnasium, sauna cuma tak nampak playground dia.

Oklah tu, budak budak dah  enjoy mandi kolam. Itupun dah penat dan happy sangat dah diorg.Kolam di sini boleh tahan luas dan 


Kolam di tingkat 7.Nice view.



Memasing dah ready nak masuk kolam.

Kolam mandi budak 

Kemain masing masing berendam.Dan tak terlalu sesak sebab residence kat sini pun masih tak ramai.Rezeki kali ni.

Kalau tak habis penuh kolam naik risau pula air tercemar.haha.Ok kat sini guard dia sangat strict, kalau tak pakai pakaian renang dia tak bagi masuk kolam. Kami yang mak mak main curi curi masuk. Jadilah buat rendam rendam badan kejap.

Dah penat berendam malam mula mencari tempat menarik yang boleh dilawati di Johor Bahru malam hari selain tempat makan sebab masing masing ada bawa bekal yang banyak dari rumah.

Antara tempat menarik di Johor Bahru : 

Kalau bercuti ke Johor Bahru yang paling glamour tentunya Legoland.Kalau bajet tinggi boleh spend masa kat Theme Park, Water Park, Sealife Legoland.

Tapi macam kitorang tak pergi ke Legoland just ke Angry Bird Activity Park yang terletak di JBCC Komtar Tingkat 3.


Malam malam hari lepas dah habis mandi manda kitorang pergi ke Danga Bay. Anak anak seronok main permainan di mini amusement park.

Harga setiap permainan antara RM4 ke RM10. Untuk dewasa pun boleh main juga.
Ada roller coaster, bumber car, pirate ship, train, kuda pusing, cawan pusing dan banyak lagi pilihan permainan.Cukup puas hatilah untuk anak anak.






Tempat lain yang menarik waktu malam boleh ke Bazar Karat Johor Bahru, Jalan Sengget JB. Kalau korang minat nak mencari barang barang bundle ke di sinilah tempatnya.

Sambil ke Danga Bay tu boleh singgah di Laman Istana Bukit Serene.Ada hiasan lampu berwarna warni dan juga pancuran air terjun.

Ada juga sebuah mahkota besar yang di sinari lampu berwarna warni sesuai kalau nak bergambar. Memang jadi tumpuan ramai untuk lepak malam malam hari.

Esoknya lepas puas main kat Angry Bird Activity Park kami makan tengah hari di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.

Nama kedai ni Rahmat Siakap Goreng.Dibuka sejak 1986. Ni dah masuk generasi ketiga yang uruskan.

Dia punya pantas, korang sampai je terus order nanti duduk kat meja semua makanan pun sampai.Paling glamour siakap gorengnya yang segar dan tak rasa hanyir.

Restoran ni betul betul menghadap Singapore tapi tak pasti bahagian mana.Dan ia terapung di atas laut.Boleh nampak kelong kelong orang pasang di tengah laut.

Peak hour wakti tengah hari memang penuh meja.Tapi jangan risau staf dia akan sebolehnya carikan meja untuk customer yang hadir.Memang terbaik kedai ni.





Lepas dah makan semua keletihan maka aktiviti petang sepatutnya nak ke Forest City ditangguhkan esok hari.Petang tu lepak mandi kolam kat homestay malam pun semua main order Food Panda je.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik boleh dikunjungi tapi sebab kepenatan maka hanya beberapa tempat je dapat kami pergi.

Kalau nak tengok kapal kapal mewah boleh ke Puteri Harbour. Di Puteri Harbour pun ada tarikan lain untuk anak anak seperti Taman Tema Hello Kitty Town, Thomas Town dan juga deretan kedai seperti Toys r Us dan lain lain ada dibuka di Puteri Harbour, Iskandar Johor.


Permandangan di malam hari di Puteri Harbour.
Sebelum masing masing pulang ke sarang singgah ke bergambar kenangan di Forest City, Gelang Patah.Kalau tak singgah entah bila lagi ada rezeki ke sini lagi.







Di Forest City ni pun ada taman tema air yang baru dibuka. Tapi kalau nak main kat sini pakaian mandi memang kena lengkap tak boleh pakai tshirt biasa, baru boleh masuk.

Next time boleh ke taman tema airnya pula.Setakat ni tiket masuk RM15 satu kepala.



Lepas dah puas bergambar, semua singgah ke Johor Premium Outlet (JPO) pula. Tak membeli pun sebab beratur bukan main panjang lagi. Year end sale memang sesaklah JPO.

Selesai sudah trip singkat kami ke Johor Bahru 21-22 December 2019.Anak anak enjoy dan paling penting ukhwah kami sekeluarga bertambah erat.Next time jom rancang ke destinasi lain yang lebih menarik.


You May Also Like

0 comments

Klook.com