Resepi Ayam Goreng Berempah Enak Dimakan Begitu Sahaja.

by - Sunday, January 05, 2020


Resepi Ayam Goreng Berempah Enak Dimakan Begitu Sahaja | Selamat tengah hari gais..

Baru nak up resepi Ayam Goreng Berempah yang enak dimakan begitu sahaja ni. Biasanya ayam goreng berempah ni dimakan dengan nasi kukus kuah kari, nasi lemak tapi semalam anak anak makan ratah macam tu je.

Tu yang sis bagi nama enak dimakan begitu sahaja.Tak sempat nak di makan dengan nasi dah macam ayam KFC dibuatnya.Takpelah janji korang suka.

Actually ni baru kali kedua sis buat so untuk kali kedua ni ada lebih improvement dari segi rasa.

Resepi tiada yang secret sis cuma follow aje resepi dari en google dan juga dikombinasikan dengan apa yang sis belajar dari orang orang yang dah biasa buat ayam goreng berempah.

Resepi ayam goreng berempah style sis hana.

Bahan-bahan:-

Ayam seekor
3 sudu serbuk kari
3-4 sudu cili kering yang dikisar
4-5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih*
Halia 1 1/2 inci*
Kunyit hidup 1 inci*
Serai 2-3 batang* (potong panjang panjang dalam 1 inci untuk dapat efek habuk pada ayam lepas digoreng)
Lengkuas 1/2 inci*
Ketumbar 1 sudu besar*
Jintan manis 1 sudu besar*
Jintan putih 1sudu besar*

Cara membuatnya:-

1. Blend semua bahan bertanda*
2. Selepas ayam dibersihkan perapkan bersama bahan kisar, cili kisar, serbuk kari
3. Perapkan selama 1jam.Kalau lebih lagi meresap rasanya.
4. Lepas dah perap boleh lah start goreng sampai garing.

Boleh dihidangkan.

Erm..senangkan sebenarnya nak buat ayam goreng berempah ni.Jangan lupa cuba buat tau!






You May Also Like

0 comments

Klook.com