Resepi : Udang Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style

by - Monday, January 13, 2020


Resepi : Udang Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style | Waktu balik kampung belah suami di Endau Johor kitorang lalu Rompin nampak udang galah banyak jual di tepi tepi jalan.

En Suami memang penggemar udang sejati.Tiap kali kalau ada musim memang tak sah tak beli. Bila dah beli masak kat uma mak mertua.

Biasanya masak sambal berlada, tapi kali ni beli udang galah bawa balik ke Kluang dan sis hana lah kena masaknye.First time ni masak udang galah.

Kali ni Udang Galah Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style. First time tapi alhamdulillah, menjadi.

Meh sis share resepinya.Sangat lah senang dan bahan pun sikit je.

Bahan-bahan : 

Udang galah 10-12 ekor.

Santan pekat anggaran dalam 500ml-1 liter

Santan cair anggaran dalam 500ml-1liter kalau nak kuah banyak tambah air lagi.

Kalau guna santan kotak ambil yg 250ml campur ngan air.Jangan pekat sangat.

Cili padi dalam 12 biji nak pedas tambah lagi.

Kunyit hidup 1 1/2 inci.

Serai 1-2 batang.

Asam keping.

Bawang merah sebiji(tak letak pun tak pe)

Kalau ikutkan masak lemak cara org negori memang tak letak bawang langsung.

Cara memasak :-

1. Lepas dah bersihkan udang kisar kunyit dan cili padi.

2. Masukkan bahan kisar dalam periuk tambahkan santan cair dan kacau bila dah agak pekat masukkan udang.

3. Masukkan serai dan asam keping.Lepas dah masuk semua bahan kena selalu kacau kalau tak kuah akan berketul ketul.

4. Bila kuah dah menggelegak masukkan pula santan pekat.Kacau sehingga lah mendidih.Kalau nak kuah banyak tambah lagi air.

5. Kuah masak lemak jangan terlalu cair kena pandai agak kepekatan.

6. Dah mendidih tutup api dan baru masukkan garam.

P/s: Kena kerap kacau untuk elak santan berketul ketul.

Masakkan udang dengan santan cair atau air dulu baru masukkan santan pekat.

Siap sudah.Boleh cuba tau! Senang sangat.Jangan risau makan santan ori tak menggemukkan pun.Yang buat gemuk gula + nasi berlebihan.


You May Also Like

0 comments

Klook.com